PENYANYI Rich Gimbang akhirnya merealisasikan impian untuk mengembangkan kerjaya secara solo selepas sekian lama memberi tumpuan kepada kumpulan Estranged.Rich atau Richael L Gimbang, 44, berkata hasrat untuk menghasilkan karya solo sebenarnya sudah timbul sejurus tamat menyertai program Akademi Fantasia (AF). Bagaimanapun, perancangan tersebut tidak kesampaian apabila dia memilih untuk menyertai Estranged dan menghasilkan lagu bersama kumpulan berkenaan.Rich mahu memberi fokus kepada kerjaya solo."Sebaik habis AF, saya menyertai Estranged dan melancarkan lagu-lagu bersama kumpulan tersebut. Memang sebelum itu saya ada merancang untuk menghasilkan karya bagi kerjaya solo. "Namun impian itu tidak diteruskan. Enam tahun lalu saya ada maklumkan di media sosial tentang projek solo tetapi tidak menjadi juga. "Mungkin tahun lalu selepas pemergian abang dan sahabat AF, Lotter memberi satu motivasi untuk saya memulakan projek solo ini. Syukur dapat juga saya realisasikan projek ini," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun bergelar penyanyi, Rich Gimbang tak mahu lagi sertai program realitiARTIKEL BERKAITAN: Estranged terima banyak undangan persembahan di Sabah, aktif program CSR bantu masyarakat pedalamanDalam pada itu, Rich turut menjelaskan dia masih lagi anggota kumpulan Estranged dan tidak pernah berundur. Jelasnya, memulakan langkah sebagai penyanyi solo bukan sesuatu yang mudah kerana dia berdepan pelbagai dilema dan persoalan mengenai kedudukannya dalam industri muzik."Tiada masalah langsung dengan Estranged, sebenarnya saya mahu mulakan kerjaya solo sejak dulu. Cumanya saya saja yang tidak berani mulakan langkah kerana berdepan pelbagai dilema dalam diri-sendiri.“Antara dilema itu termasuklah apabila lama sangat berehat menyebabkan banyak persoalan timbul. Adakah saya masih relevan? Bagaimana saya mahu bersaing terutamanya dengan artis baharu?” katanya. Berkongsi mengenai pemilihan single sulung berjudul Mean To Me, Rich mengakui dia mengambil masa untuk menentukan karya yang sesuai bagi membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya.Rich lancar single solo baharu berjudul Mean To Me.Menyedari persaingan dalam industri muzik arus perdana, dia bagaimanapun yakin lagu berkenaan mampu mengembalikan ingatan pendengar terhadap identitinya sebagai penyanyi yang sinonim dengan lagu rock berbahasa Inggeris.“Hakikatnya, saya rasa ia satu percaturan yang agak baik. Saya mahu pendengar ingat kembali Rich yang mereka kenal dulu dengan lagu rock inggeris kerana memang karya begitu menjadi kekuatan saya.“Akan tetapi, semestinya lagu menyusul nanti pula semuanya dalam bahasa melayu. Mungkin juga saya akan terus keluarkan album solo, siapa tahu? Apapun, saya fokus lagu debut saya ini dulu,” katanya.TONTON VIDEO PILIHAN!