MENERIMA sebuah penghargaan yang memberi satu gelaran bukanlah alasan buat pelakon Datuk Eman Manan mengubah keperibadian menjadi seorang individu berbeza.Malah, kata Eman atau Abdul Manan Embong, 68, pemilihan watak dalam lakonan juga tidak mempengaruhi statusnya yang kini bergelar Datuk. "Satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada saya dan syukur. Saya terima bukan kerana perkara yang akan datang tetapi apa yang telah berlaku.Eman dikurniakan gelaran Datuk atas jasa dalam dunia lakonan. "Jadi, disebabkan perkara-perkara yang dah lepas, biarlah saya begitu sahaja," katanya.Eman ditemui ketika malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Takluk 2: OP Daulat yang berlangsung di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada malam Isnin.Pelakon ini menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada September lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Eman Manan dapat Datuk ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kecewa kalau kerja dihasilkan tidak ditonton” - Eman MananBukan sekadar gelaran, bagi Eman, penganugerahan itu juga sebagai satu tanggungjawab besar buatnya untuk terus berkongsi perkara baik buat industri perfileman tempatan."Itu salah satu tugas saya. Saya menyahut perkara itu dan bagaikan satu hint," ujarnya ringkas.Bercakap lanjut, bagi Eman yang sudah lebih empat dekad terlibat dalam dunia seni, dia sendiri melihat perkembangan dunia lakonan kini semakin baik. Saya menyahut perkara itu dan bagaikan satu hintDATUK EMAN MANAN PELAKON Kewujudan institusi yang menawarkan kelas lakonan juga telah membuka ruang buat lebih ramai generasi muda mendapat ilmu secara formal.Secara tidak langsung, ia juga membuktikan setiap pelakon perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebagai persiapan sebelum bergelar anak seni."Saya melihat perkembangan filem semakin besar. Sekarang banyak institusi yang mengajar tentang lakonan dan melihat lakonan sebagai ilmu yang perlu dipelajari. Bukan macam rumput yang tumbuh di tepi jalan, kalau dipotong akan tumbuh kembali.Eman mahu terus menyumbang bakti kepada industri perfileman. "Seni lakonan juga satu bentuk ilmu. Untuk jadi pelakon, banyak benda yang kita perlukan. Apabila generasi berilmu, saya rasa mereka akan lebih yakin dan membuat pilihan tepat."Tugas pemain industri bukan sekadar memberi hiburan, tetapi memperkenalkan tentang bangsa dan negara," kongsinya.